Wira Perkasa Daerah Timur Laut - Pulau Pinang

SELAMAT DATANG KE LAMAN-BLOG WIRA PERKASA D.T.L!!

Tuesday, 24 May 2011

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA...

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA...
NAMA BELIAU ADALAH SALLEH BIN OMAR, NAMA KRISTIANNYA JOSEPH...................................

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup 2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA 'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'......maha suci Allah.

(Press Conference) LAGI PENIAGA ORANG MELAYU DITINDAS - Batu Feringghi, Pulau Pinang


Video bersama dengan para wartawan yang menemubual Pn. Rohayu dengan Ketua Wira Perkasa DTL En. Rizuad.

LAGI BUKTI PENINDASAN KERAJAAN LIM GUAN ENG TERHADAP PENIAGA_PENIAGA MELAYU DI PULAU PINANG!

Gambar Lim Guan Eng & Adun Tanjung Bungah DIBAKAR!


AKIBAT tidak berpuas hati dengan tindakan tak berperikemanusian LGE dan kroninya. Ketua Wira DTL Pulau Pinang telah membakar gambar LGE dan ADUN Tanjung Bungah sebagai tanda protes!!





Monday, 23 May 2011

LAGI PENIAGA ORANG MELAYU DITINDAS - Batu Feringghi, Pulau Pinang


Pemilik premis makanan & minuman Puan Rohayu Abd Murad terlalu sedih akibat kerakusan kerajaan negeri dibawah pimpinan Lim Guan Eng yang memberi NOTIS 24jam untuk merobohkan premis beliau yang telah beroperasi hampir sedekad.

Video ini adalah luahan dari hati Puan Rohayu sendiri yang tidak berpuas hati dengan tindakan Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang, yang zalim dan bertindak tanpa budi bicara.

AKIBATNYA>>> Lagi premis milikan orang melayu akan diroboh.




Pemilik Premis Makanan & Minuman - Batu Feringghi Pulau Pinang



Salam buat sahabat-sahabat PERKASA diseluruh Malaysia.

Video ini telah dirakam sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana berhasrat untuk merobohkan premis makanan & minuman milik Pn. Rohayu yang telah beroperasi melebihi 1 dekad lamanya tanpa sebab-sebab yang munasabah.

INILAH PEMERINTAHAN ALA DIKTATOR OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG (LIM GUAN ENG) BERSAMA DENGAN KRONI-KRONINYA....




Tuesday, 17 May 2011

PENDATANG YANG DIIZINKAN PEMUSNAH BANGSA BUMIPUTRA


Sedikit demi sedikit harta kita diRAGUT..... Hari demi hari semakin banyak isu-isu PERKAUMAN terjadi...... Setitik demi setitik nila dituang dibalang susu.... Sehari demi sehari bangsanya semakin BERTAMBAH..... Setapak demi setapak tanah Melayu DIKEBAS..... Lama kelamaan bumi Melayu kan jadi seperti bumi PALESTIN..... KEALPAAN kita sedang mengemudi kita kearah yang sebegitu..... SEDARKAH SAHABAT2ku sekalian bahawa koreography yang dirancangkan oleh pendatang yang Di IZINKAN sedang menuju matlamatnya? ---> Untuk renungan kita bersama atas perasaan CINTA pada ALLAH & NABI JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD SAW!!! 
AYUH KITA ORANG ISLAM BERGANDINGAN BAHU UNTUK MASA DEPAN GENERASI ISLAM!! JIHAD FISABILILLAH...


M For Malaysia : Past, Present & Future

IH

VIDEO INI MELAMBANGKAN USAHA PR UNTUK MENAGIH SIMPATI DARI PIHAK LUAR NEGARA DEMI UNTUK MERIALISASIKAN IMPIAN PR UNTUK MEMERINTAH NEGARA.
SEKIRANYA CARA SEBEGINI BOLEH MEMBERI PENGARUH PEMIMPIN LUAR NEGARA UNTUK BERKOMPROMI DENGAN PR? TAK DINAFIKAN ADA PIHAK2 YANG BERANI MENAJA KEPERLUAN PR UNTUK MISI MEREKA...

BIAR MATI KELAPARAN ASALKAN TIDAK TERGADAI MARUAH BANGSA DAN NEGARA!!
MATI DIBUMI SENDIRI DIANGGAP JIHAD DALAM ISLAM KERANA MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA & NEGARA.

Friday, 11 March 2011

PERJUMPAAN PERTAMA (Taklimat & Pengenalan) - WIRA PERKASA DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG



Tahniah kepada semua Wira-Wira yang hadir pada malam tersebut. Jazzakallah!

PULAU PINANG : GUAN ENG PERGUNAKAN NING BAIZURA PIKAT MELAYU

Lim Guan Eng,Ketua Menteri contoh pemimpin firaun yang akan menggunakan pelbagai helah untuk memecahbelah dan menyesatkan orang Melayu tertutama di Pulau Pinang, malah menggunakan pembesar melayu lain sebagai balachi untuk melaksanakan misi tersebut, yang pasti melayu digunakan untuk menjatuhkan melayu sendiri.

Yang pasti, itu lah amalan seorang kafir, menyogok, merasuah sebagai amalannya, memberi hamper dan sanggup menggunakan duit rakyat jutaan ringgit hanya seorang artis sahaja bayarannya RM50,000 untuk menjayakan apa yang dihajat.
Rasis chauvanist ultra kiasu beranggapan dengan mengula gulakan masyarakat melayu dengan harapan agar mereka lupa bahawa kampung kampung dan perniagaan kecil kaum melayu di Pulau Pinang sedikit demi sedikit dihapuskan.

Wahai Melayu Pulau Pinang mahu pun bangsa - bangsa lain sepeti cina dan India yang tidak menyokong LGE dan ditindas oleh pemerintahan DAP, Jerit lah!! peketlah!!, makilah!! hamunlah!! apa pun yang anda lakukan kerana tekanan, kemisikinan, diruntuh, diroboh, diusir, masih ada orang lain yang sanggup diggunakan untuk menafikan yang anda di tindas.

Dalam pada itu kita kena ingat bukan semua artis yang kelabu mata kerana duit, bukan semua artis kelabu hati semata - mata mahukan senang - senang masuk syurga, bukan semua seperti al Ostat Bob Lokman, bukan semua seperti Ning Baizura mahukan duit untuk sara hidup, contoh terbaik Datuk Siti Nurhaliza yang ditawarkan RM120,000 tetapi tetap menolak kerana tidak mahu diperggunakan oleh Parti yang rasist.

Risalah tersebut dengan segan silu kononnya untuk menyambut kejayaan Pulau Pinang sebagai JAGUH pelaburan dinegeri itu. Tidakkah hanya untuk memperbodohkan rakyat, seperti biasa dengan lagak populis ,Guan Eng turut berbohong kononnya sejak 3 tahun memerintah kesemua hasil pelaburan datang atas usaha beliau:klik sini
Misi untuk memperggunakan Melayu diberi kepada balachi ulung beliau seorang YB melayu tunggangan DAP yang menjaga hal ehwal Agama Islam yang cukup terkenal YB Malik , bayang kan YB jaga Agama Islam anjur konsert jemput artis wanita yang silap - silap pakai pakaian ketat, jika dipertikaikan teman sure Ni A Jis akan keluar fatwa "DIHARUSKAN UNTUK SENAMAN MATA".

"YB Melayu guna artis melayu untuk bodohkan melayu untuk agungkan chauvanist ultra kiasu rasis Guan Eng."
sumber Pisau.Net

LAGI LAPORAN POLIS DIBUAT - Hina Melayu "My Balik Pulau"

Dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta seorang individu membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah My Balik Pulau.
NGO tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang dan Gerakan Belia 4B negeri manakala individu berkenaan ialah Firus Che Man, 37.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini kira-kira pukul 10 pagi oleh Firus bersama Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Sheikh Harun Narashid dan Bendahari Gerakan Belia 4B Pulau Pinang, Anuar Omar.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya 20 laporan polis sudah dibuat oleh pelbagai pihak di Pulau Pinang berhubung pengedaran risalah kontroversi itu.
Firus yang mewakili kumpulan tersebut memberitahu, risalah berkenaan sarat dengan unsur-unsur penghinaan yang mengguris perasaan orang Melayu terutamanya di Balik Pulau.
"Bahan dalam risalah ini seolah-olah mempunyai syak dan keinginan untuk menghina kaum tertentu melalui ilustrasi serta fakta-fakta yang terpesong daripada kebenaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pengedaran risalah My Balik Pulau yang diedarkan secara percuma termasuk di sekolah-sekolah sejak sebulan lalu mencetuskan kontroversi apabila isi kandungannya didapati mengandungi fakta sejarah yang tidak tepat serta diragui kesahihannya.
Ia didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.
Firus menambah, pengedaran risalah seumpama itu boleh menjejaskan agenda nasional untuk mengukuhkan ikatan perpaduan antara masyarakat apabila ia menyentuh sensitiviti sesuatu kaum.
"Kita ambil contoh, terdapat ilustrasi dalam risalah ini yang menunjukkan orang Melayu terpaksa meminjam wang daripada ceti haram untuk adakan majlis kenduri, apa yang cuba disampaikan oleh penerbit risalah ini?
"Malah, gambar orang Melayu pula digambarkan selekeh, tidak memakai kasut dan sugul berbanding kaum-kaum lain. Risalah tersebut seolah-olah mempunyai syak dan keinginan untuk menghina orang Melayu," dakwanya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone (from kamunting central blog)

Tuesday, 8 March 2011

PRINSIP RUKUN NEGARA

Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31
Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut

Prinsip Rukun Negara
 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA:
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan
agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip
pertama dalam Rukun Negara.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan
Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka
Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial
rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan
bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa.Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas
asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan
supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

library.kdn.gov.my/documents/Rukun%20Negara.pdf

Namewee Perlu Melalui Proses Penghakiman

Saya Selaku Ketua Wira ,

Dato Nazri mahu Namawee diberikan pluang ke2. Bleh tapi perlu lalui PROSES penghakiman kerana beliau telah melakukan 'offence against the state' dan tidak perlu ada aduan oleh mana2 pihak.Ianya tangongjawab pihak perlaksanaan undang2 krajaan.Mereka2 yg berkerja dgn krajaan mudah d ambil tindakan melalui 'Lembaga Disiplin'dan bagaiamana org awan yg mudah d lepas dari tindakan undang2..

Kesan kes Namawee akan berpanjangan dalam hati dan fikiran orang2 melayu dan kaumnya tentu gembira,mudah mudahan mereka akan undi BN dlm PRUI3 nanti..

drpd Arman Ketua Wira Perkasa.

HOM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NAMWEE PERLU MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Wira Perkasa tetap mahu Namawee minta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi media utama dan cipta lagu serta klip video untuk tujuan sama.Ketua Wira Perkasa, Arman Azhar Abu Haniffah berkata, walaupun Namewee sudah memohon maaf kepada Rakyat Malaysia dan menyuarakan kekesalan terhadap perbuatannya dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di parlimen, baru-baru ini, ianya tidak mencukupi.
"Walaupun dia dah minta maaf kepada kerajaan dan Menteri, kami mahu dia buat secara terbuka di akhbar-akhbar utama kerana tak semua orang tahu hasil pertemuannya dengan Nazri dan tidak semuanya dilaporkan.
"Kalau dia boleh cipta lagu dan klip video yang kontroversi itu, mengapa pula dia tidak boleh cipta lagu dan klip video minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama bangsa Melayu," kata Arman kepada Agendadaily selepas mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen, Isnin.
Dalam pertemuan dengan Nazri yang bermula 4.30 petang dan berlangsung selama sejam setengah itu, Arman ditemani oleh tiga orang ahli Wira Perkasa dan tujuh orang blogger.
Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 27 mencipta nama dari kontroversi klip video rentak rap lagu Negara Ku dan klip video berjudul 'Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!!
Minggu lalu Namewee mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen untuk memberi penjelasan terhadap tindak tanduknya yang menurutnya telah disalahertikan oleh sebilangan rakyat Malaysia, terutama orang Melayu.
Sementara itu, Arman berkata beliau turut bertanya kepada Nazri mengenai permohonan Namawee untuk mendapatkan geran bagi membiayai penerbitan filemnya yang bertemakan 1Malaysia.
"Saya beritahu Nazri sekiranya Namawee boleh diberikan geran, kami (Perkasa) pun mahu memohon geran kerana kami juga merancang membuat filem bertemakan 1Malaysia," katanya.
Bagaimanapun kata Arman, Nazri memberitahu bahawa Namawee dan Wira Perkasa harus melalui proses yang biasa seperti penerbit-penerbit filem yang lain, iaitu menerusi Finas atau Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Arman juga memberitahu Perkasa akan mengadakan satu perhimpunan Wira Negara Revolusi 1Malaysia di Bukit Jalil pada 1 hingga 9 Januari tahun depan.
Katanya perhimpunan itu akan mengumpulkan kumpulan belia yang sering dikatikan dengan budaya gangsterism, mat rempit, mat lepak dan penari jalanan. – 13/12/10
Sumber Agenda Daily
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Luahan Hati Peniaga di Batu Feringghi, Pulau Pinang


PULAU PINANG 29 Jan. – “Baik hantar makanan ke rumah kami, letak racun, biar kami anak beranak mati selepas memakannya.”
Itu luahan hati Liyashak Harun, 44, yang kehilangan satu-satunya mata pencarian apabila premis perniagaan tempat dia bekerja di Batu Feringghi diroboh oleh pihak berkuasa baru-baru ini.
“Sejak diroboh 22 Januari lalu, sehingga sekarang saya tidak mempunyai pekerjaan.
“Bagaimana saya hendak menyara keluarga, membiayai perbelanjaan sekolah anak-anak dan memberi makan kepada mereka sedangkan saya tiada kerja,” katanya yang mempunyai tiga orang anak berumur 7 hingga 11 tahun.
Bukan hanya Liyashak sekeluarga, malah 29 orang lagi pekerja dua premis di pesisir pantai yang diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) turut kehilangan pekerjaan dan punca kewangan.
Mohd. Sharil Shariffudin, 30, juga tidak mempunyai pilihan dengan bekerja sambilan sebagai pelayan berbanding tugasnya sebagai penyelia di premis berkenaan sebelum ini.
“Walaupun sukar tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Sebelum ini saya mempunyai pendapatan sekitar RM1,800 ke atas, tetapi kini hanya sekitar RM650 sebulan sebagai pelayan sambilan.
“Tidak ada pilihan lain kerana saya juga mempunyai keluarga untuk disara selain terpaksa membayar sewa rumah serta keperluan harian lain.
“Keadaan ini cukup menyukarkan. Saya berharap agar pihak berkuasa dan pihak-pihak berkenaan prihatin dengan masalah kami di sini,” katanya.
Pada 22 Januari lalu, MPPP telah meroboh beberapa struktur yang baru dibina semula di tapak premis itu setelah mendapat arahan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut.
Tindakan tersebut dipertikaikan kerana pemilik premis mendapat notis arahan untuk meroboh struktur dalam masa yang singkat.
“Notis tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa pada 20 Januari yang meminta kami merobohkan bangunan, namun surat tersebut diserahkan kepada orang lain (bukan pekerja premis) dan hanya sampai ke tangan saya pada 21 Januari iaitu sehari sebelum kerja-kerja meroboh dibuat.
“Cara ini tidak betul kerana kami tidak diberi peluang untuk berbincang terlebih dahulu. Mana mungkin dalam tempoh sehari dua boleh berbuat demikian,” ujar salah seorang pemilik premis, Hamid Sultan, 49.
Menurut Hamid, mereka hanya mengharapkan belas ihsan kerajaan negeri untuk membolehkan mereka berniaga semula.
“Ramai yang kehilangan pekerjaan. Kami berharap jika bukan di tapak ini, pihak berwajib memberi kami tapak yang baru juga di tepi pantai bagi membolehkan kami terus mencari rezeki,” ujar Hamid.

Rombakan Barisan Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia

EXCO WIRA PERKASA MALAYSIA 

KETUA WIRA PERKASA 
SDR ARMAN AZHA HJ ABU HANIFAH 

NAIB WIRA PERKASA 
SDR IRWAN FAHMI BIN IDERIS 

SETIAUSAHA AGUNG WIRA 
SDR IDROOSE TAMRIN 

SETIAUSAHA KERJA WIRA 
SDR FARID BIN ABDULLAH 

BENDAHARI WIRA 
SDR AZUAN HJ ABU BAKAR 

KETUA PENERANGAN WIRA 
SDR NURUL IZHAM BIN NURUL ANUAR 

EXCO WIRA PERKASA 

SDR SHAHROL NIZA BIN OMAR 
SDR FAZIL BIN MOHAMAD DALI 
SDR MOHD FAUZI BIN ABD RAHMAN 
SDR MOHD AFIQ BIN ABD HADI 
SDR MOHD SALIM BIN ISKANDAR 
SDR MOHD FAHEEDI BIN AILIAS 
SDR MOHAMMED RIZAN BIN HASSAN 
SDR MOHD NOR SAFAR BIN MAT DARUS 
SDR SHAHRUL NASRUN BIN KAMARUDDIN 
SDR S.MOHD SHAHRYDZAL BIN S.MOHD SHAMSUDDIN 
SDR WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN DERIS 
SDR FAUZI BIN AHMAD 
SDR MUHAMMAD FAUWAAZ BIN RAMLI 
SDR RUZAINI BIN RAMLI 
SDR NAZZIF BIN ABU BAKAR 
SDR RIZWAN RIZAL EFFENDI BIN MOHAMAD ARIS 
SDR EZWAN SHAH BIN KAHAR 
SDR ABDULLAH BIN IBRAHIM 
SDR MOHAMED NAZARI BIN AHMAD 
SDR MEGAT RAZIE BIN MEGAT AZIZ 
SDR MUZAMMIL BIN MARDZUKI 
SDR RIZAL SUDIRMAN 
SDR SHAHRULNIZAM BIN ABD SAMAD 
SDR MARZUKI BIN KAMIS 
SDR SAZALI BIN SAI'ON 
SDR AMMER SHAFIQ BIN SHAHIDAN 
SDR AMILUDIN ABD LATIP 
SDR AHMAD SHAFIE BIN AHMAD HAMBALI